Kenangan Peristiwa Bersama Pak Teh ~ 1

Kiriman: umar ali hasan | January 6, 2013 at 1:07 am

assalamualaikum sahabat2, biarlah ana ceritakan pengalaman ana kali pertama berkenalan dengan Pak Teh. iaitu pada penghujung tahun 1998 di hadapan mahkamah Kulim, waktu itu ana sedang bertugas didalam mahkamah kulim terlihat kelibat Pak Teh sedang berjalan di luar pagar mahkamah dengan berpakaian jubah berpayung serta tongkat dan ada tasbih besar di kalung di badannya, ana bergegas ke pintu pagar mahkamah masa itu Pak teh berada ditepi jalan raya dan jarak antara ana dan Pak Teh agak jauh dan ana ada memberi salam ” Assalamualaikum Pak Cik” dengan suara yang agak perlahan ( kalau dikira salam yang ana beri tidak didengarnya) tetapi ana lihat Pak Teh berhenti dan berpaling kepada ana dan menjawab salam ana kamudian ana mengajak Pah Teh minum digerai hadapan mahkamah dan seterusnya ana berkenalan dengannya. yang ana kagumi pada masa itu ialah Pak Teh dapat mendengar salam ana walaupun ana beri salam dengan suara yang perlahan subhanallah inilah salah satu kelebihan pada Pak Teh.

Posted on January 6, 2013, in Kenangan Peristiwa Bersama Pak Teh. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a comment