Mohon penjelasan daripada ahli yang tahu

Assalamualaikum kepada ikhwan Tariqat Syatariah,

Dipanjangkan soalan daripada akhi Mohd Faizal Harun melalui email dan dikongsikan di sini, jika ada di kalangan ahli yang sudi menjawabnya, dipersilakan…

Daripada faizal harun
Jan 18, 2013

Salam..

Saya berminat dengan persoalan tasawuf dan tarekat. Berkenaan dengan tarekat Syattariyah ini saya ada buat kajian terutama perkembangannya di Malaysia. Dan saya cuma mengenali Syeikh Mohd Isa Ansurullah ini melalui tulisan Dr. Mohd Syukri Yeoh dan Dr. Abdull Rahman Mahmood. Saya juga telah menulis manuskrip berkenaan perkembangan sufi di Malaysia dan dalam kajian ini termasuklah tarekat Syattariyah. Untuk pengetahuan saya berminat untuk berkongsi maklumat dengan ikhwan Syattariyah berkenaan tarekat ini di bawah pimpinan Syeikh Mohd Isa (Pak Teh Mad Isa Mahang), sama ada dari segi amalan, sejarah perkembangannya dan juga biografi Syeikh Mohd Isa. Segala kerjasama pihak ikhwan saya amat hargai. Sekian terima kasih.

Mohd Faizal Harun
019-9369872
emel: fai_qaeda@yahoo.com

Posted on January 20, 2013, in INFO & MAKLUMAN. Bookmark the permalink. 6 Comments.

  1. Assalammualaikum. Saya rasa soalan dari saudara Mohd Faizal Harun jawapannya ada di dalam Syatariah Blog ini. Bacalah.

  2. Waalaikum salam, Ya akhi Umar… ya benar, apa yang saya tahu tentang biografi ringkas tuan guru (arwah pak teh) saya telah masukkan dalam mukasurat PROFILE dalam blog ini. Kalau nak tahu maklumat yang lebih daripada itu saya kurang pasti… mungkin anak murid pak teh yang awal-awal dulu lebih mengetahui… Wallahu a’lam.

  3. Assalammualaikum. Saya amat rasa bahagia dengan Syatariahs blog ini. Dapat juga saya melepaskan rindu kepada arwah Pak Teh. Semoga Allah swt menempatkan Pak Teh bersama sama dengan orang yang soleh.
    Untuk Sitik syabas teruskan memuatkan blog ini semoga Allah merahmatimu.
    Yaa Salam.

  4. Waalaikum salam,

    Aamiin, terima kasih atas semangat yang diberikan, insya Allah setakat yang saya mampu…. Sebaik-baiknya, ikhwan tariqat ini dapat juga menyumbang apa-apa artikel yang bermanfaat untuk dikongsi di sini, bagi meningkatkan ilmu dan amalan kita semua.

    Arwah Pak Teh selalu berpesan, selalulah hadir majlis ilmu…

    Jika ada sebarang artikel untuk dikongsi di blog ini, sila emailkan ke:

    ansorullah99@gmail.com

    Yaa Salam

  5. teacher sharifah noorulhuda binti habib elias al-jilani

    salam saudara faiz, saya bukan ahli tarikat syatariah namun saya juga mengkaji pengamal tarekat ini. thesis saya berkaitan tetapi saya mengkaji dari perspektif yang lain tentang tarekat syatariah, mungkin tiada yang tahu di malaysia ini saya ada seorang bapa saudara yang telah mengkaji tarekat-tarekat sejak dua dekad yang lalu, mungkin saudara boleh menghubunginya melalui nombor saya Sharifah 0169466313.

  6. assalamaulaikum … tentang tokayah hj mat isa saya kenali tahun 1995 ketika tu saya kenali tokayah melalui pak ngah jaafar yg duduk di serdang kedah yg lebih awal mengenali diri dia. ketika itu kata-kata tokayah penuh maksud tersirat dan terselindung. satu kata2 tokayah … tak terlintas lagi ndak mendekatkan diri dengan Allah sebab tak dapat menjauhkan diri daripada Allah. dan banyak lagi … 0134399016 fakir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: