Ijtimak Tariqat Syatariah

Assalamu alaikum wr wbt,

Dimaklumkan bahawa Ijtimak/perhimpunan bagi pengamal Tariqat Syatariah Pimpinan Tn. Hj. Muhammad Isa Ansorullah diadakan hanya 3 kali setahun iaitu, insya Allah, pada Hari Maulidul Rasul (12 Rabiul Awal), Hari Israk dan Mikraj (27 Rejab) dan pada Hari Keempat Hari Raya Haji (hari tasyrik  terakhir) atau 13 Zulhijjah.

Pada hari-hari tersebut, murid-murid baru bolehlah berbai’ah untuk mengamalkan wirid dan zikir tariqat ini dan murid-murid lama bolehlah memperbaharui (tajdid) bai’ah masing-masing.

Wallahu a’lam.

Posted on March 7, 2010, in INFO & MAKLUMAN. Bookmark the permalink. 39 Comments.

  1. rosli bin isa

    Salam, masukkan gambar tuan guru supaya lebih lengkap dan saya doakan dgn adanya blok ini dapat memberi manfaat kepada hamba2 allah yang mencari jalan untuk mengamalkan tarikat ini…

  2. A’KUM SAUDARA ROSLI. SAYA SHAM DARI TAIPING PERAK. IZIN SAYA BERTANYA. APAKAH TUAN GURU INI MASIH ADA LAGI?

  3. Assalaamualaikum, daripada tulisan tuan di atas….ikhwan baru hanya boleh berbai’ah hanya pada hari-hari tertentu sahaja iaitu pada hari ijtimak sahaja. selain hari tersebut….macam mana tuan?

    satu lagi….boleh tak tuan buat google map secara tepat laluan untuk ke zawiyah syatariah Pimpinan Tuan Guru…..sebab ambo kalau ada kesempatan nak singgah ziarah Tuan Guru…..ambo duk di Pendang, Kedah. ambo ikhwan Syatariah Wa Qadiriah sanad Tok Pulau Manis, Kuala Terengganu.

    • Waalaikum salam,

      Saya tak tahu nak postkan google map di sini. Sesiapa yang tahu, silalah buatkan.

      Nama kampung: Kampung Padang Kering, Bukit Bertam, Selama, Perak. Rumahnya sangat dekat dengan Pondok Polis Kampung Bukit Bertam, Selama, Perak. Juga tidak jauh dari Pekan Mahang, Karangan, Kedah, iaitu di seberang Sungai Krian.

      • Assalammualaikum..tn sitik,bagaimana hendak mengambil baiah..dgn siapa sy perlu jumpa.Tk

      • Waalaikum salam, jika hendaklah berbai’ah pergi saja masa hari ijtimak di rumah Tn guru Hj. Isa Ansorullah, pada 3 hari ini sahaja setahun iaitu pada hari Maulidul Rasul, pada 27 Rejab dam pada hari tasyrik terakhir iaitu pada hari ke-4 Raya Haji. Selalunya Majlis bermula dari Zohor hingga selepas Asar.

        Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi muridnya di tel 019-5684479 (Di)

  4. Tuan,
    saya ingin menjadi murid dimana saya boleh mendaftar menjadi ahli.?

  5. Assalammualaikum..bagaimana hendak berbaiah.

    • Assalamualaikum…Tuan guru baru sahaja meninggalkan kita kembali ke hadrat Illahi pada 1030 mlm td…Alfatihah buat guru yg kita sayangi…

    • Waalaikum salam,
      Oleh kerana Tuan Guru Haji Mohammad Isa Ansorullah telah kembali ke rahmatullah pada 11 Januari 2012, maka bai’ah bagi tariqat ini bolehlah diambil daripada murid kanannya yang insya Allah boleh memimpin tariqat syatariyah ini seterusnya, iaitu Ustaz Rifaie Yaakob di Madrasah az-Zuhudiah, Kampung Charuk Salang, Pasir Panjang, Kupang, 09120 Baling, Kedah, no. telefon 04-4761443.

      • Assalammualaikum..

        Salam takziah dari saya utk saudara atas kembalinya tn guru Hj Muhammad Isa b Ansorullah ke rahmatullah.

        Sedikit pertanyaan,bagaimana hari utk mengambil baiah adakah sama spt sebelumnya iaitu pd hari maulidur rasul (12 rabiul awal),hari israk dan mikraj (27 Rejab) dan pd hariraya haji keempat ataupun telah diubah.Sekian tkasih.

  6. terimakasih..tn atas maklumat tersebut.

  7. assalammualaikum.

    Boleh saya tahu nama saudara sitik..dan adakah saudara dari ikhwan tariqat tersebut.TK

  8. Assalammualaikum..

    Salam takziah dari saya utk saudara atas kembalinya tn guru Hj Muhammad Isa b Ansorullah ke rahmatullah.

    Sedikit pertanyaan,bagaimana hari utk mengambil baiah adakah sama spt sebelumnya iaitu pd hari maulidur rasul (12 rabiul awal),hari israk dan mikraj (27 Rejab) dan pd hariraya haji keempat ataupun telah diubah.Sekian tkasih

    • Waalaikum salam,

      Terima kasih…. Saya kurang pasti tentang bai’ah pada masa akan datang. Saya harap saudara boleh berhubung terus dengan Ustaz Rifaie Yaakob di Madrasah az-Zuhudiah, Kampung Charuk Salang, Pasir Panjang, Kupang, 09120 Baling, Kedah, no. telefon 04-4761443.

      InsyaAllah….

  9. Assalammualaikum..
    Diharap para ikhwan tariqat syatariah dapat mengumumkan tarikh/tempat ijtimak/perhimpunan pengamal tariqat tersebut,bg tahun 1433 hijrah/2012 masihi.TK

    • Waalaikum salam,

      Insya Allah ijtimak tariqat Syatariah akan diadakan bersempena Hari maulidul Rasul pada 5 Februari 2012 (Ahad) di Madrasah Ustaz Rifaie Yaakob, Madrasah az-Zuhudiah, Kampung Charuk Salang, Pasir Panjang, Kupang, 09120 Baling, Kedah, no. telefon 04-4761443.

      Untuk mengetahui lebih lanjut, sila hubungi no. tel yang tertera di atas.

      Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

  10. Terimakasih atas maklumat tersebut.

  11. Assalammua’laikum..
    Apakah tujuan tajdid (memperbaharui baiah)bg murid2 lama?
    Tkasih.

  12. Assalammuaaikum….

    Bagaimana ijtimak tariqat syatariah kali ke 2 iaitu hari israk mikraj yg jatuh pd hari ahad ni..(27 rejab 1433hjrh).Tkasih

    • Waalaikum salam,

      Saya tidak pasti tentang Ijtimak Tariqat Syatariah pada 27 Rejab 1433H ini. Untuk dapatkan kepastian, diharap dapat hubungi Ustaz Rifaie Yaakob, Madrasah az-Zuhudiah, Kampung Charuk Salang, Pasir Panjang, Kupang, 09120 Baling, Kedah, no. telefon 04-4761443.

      ATAU

      Ustaz Helmy di Pondok Bustanul Arifin, Banting, Selangor, no. tel: 013 3334697, bagi kawasan Lembah Klang.

      Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

      Admin

  13. terimakasih..

  14. salam saya masih teringat akan allahyarham pak teh mahang
    sebab masa dia hidup dia pnh tenung mata ke mata dgn saya

    • Alhamdulillah…. mari sama-sama kita amalkan zikir Tariqat Syatariah ni sekurang-kurangnya setiap lepas solat subuh dan solat Isyak. Insya Allah, jalan tariqat ini adalah benar, janganlah ragu akan kebenarannya….. saya sendiri telah mendapat natijahnya semasa mengamalkan zikir ini di dalam Masjidil Haram, di depan Baitullah….. wallahu a’lam, sekadar berkongsi maklumat.

      • Assalamualaikum…ya tn sitik…mohon kongsi apa yg tuan tuliskan di blog ini maupun kalam Allahyarham Pak Teh yg kita kasihi…Tok sentiasa melawati blog tuan ini dan sentiasa memikir empunya blog ini….adakah kita pernah bertemu di majlis2 lalu bersama hayat ada Allahyarham Pak Teh..Allahu Allah! Selamat menulis & berinfo berkaitan toriqat ini.Salam ukhwah dr Tok..

      • Waalaikum salam, silakan jika nak berkongsi apa-apa daripada blog ini, semuanya ilmu Allah. Kalam Allahyarham tu memang dia sendiri yang minta saya tuliskan yang itu sebiji-biji semasa hayatnya, sebab tu saya tak berani nak tambah apa-apa lagi selepas pemergiannya. Tujuannya ialah untuk memberi penerangan supaya orang ramai tidak memandang serong terhadap tariqat ini sebagai ajaran yang sesat. Jalan tariqat ini adalah benar, tak perlu ragu-ragu lagi.

      • Waalaikum salam Tuan Hamza Rahman,

        Jika ada sebarang maklumat yang ingin dimasukkan ke dalam blog ini sila emailkan ke ansorullah99@gmail.com

        Saya juga telah membuka kategori baru dalam blog ini iaitu Kategori “Kenangan Peristiwa Bersama Pak Teh” bagi sesiapa yang sudi berkongsi pengalaman untuk dijadikan pengajaran, iktibar, peringatan dan sebagainya.

        In sya Allah, saya sebagai admin akan postkan di sini.

        Jazakallahi kathiran kerana sudi berkunjung ke blog ini dan memberi input yang berguna.

        Admin.

  15. Assalammualaikum..tn ada sedikit prtnyaan mengenai doa selepas zikir..
    Dlm tajuk kafiat zikir tariqat syatariah, iatu allhamdulilahi robbil a’lamin wassolallahu a’ala saiyidina muhammadin waa’la a’lihi wasahbihi wasallim.(bacaan pujian yg pertama)

    Dlm tajuk kafiat zikir dan pemahaman pula,iaitu allhamdulillahi robbil a’lamin wassolallahu a’la saiyidina muhammadin waa’la a’lihi wasahbihi wasallam.

    Soalan saya ialah,yg manakah sebutan yg digunakan,wasahbihi wasallim atau wasahbihi wasallam.T kasih

    • Waalaikum salam,

      Sebutan yang digunakan (yang saya dengar) wasahbihi wa sallim. Saya pernah bertanya ustaz yang mengajar bahasa Arab tentang antara kedua ini, ustaz tu kata tak ada beza, boleh guna mana-mana, tapi dalam kifiat ini wasahbihi wa sallim.

  16. kalau boleh pada Ikhwan Tarekat ini jika ada gambar gambar Pak Teh dan gambar Ijtimak yang lepas lepas masukan lah di dalam ini sebagai kenang kenangan kita semua…

  17. Ya, jika tak boleh masukkan gambar terus ke dalam ruangan komen ini, sila hantar gambar tersebut ke email admin iaitu ansorullah99@gmail.com untuk dimasukkan ke dalam blog ini. Jazakallah.

  18. Assalamualaikum Admin,

    mohon betulkan ejaan “Assamualaikum” diatas…terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: