Gotong royong pada 20/12/2014 (Sabtu) di kediaman arwah Pak Teh Haji Mat Isa Ansorullah

Assalamu ‘alaikum wbt

Sudah lama blog ini tidak dikemaskinikan oleh kerana kesibukan adminnya. Mohon maaf.

Dimaklumkan bahawa beberapa orang anak murid arwah Pak Teh bercadang untuk mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan rumah arwah Pak Teh Mahang di Kampung Padang Kering, Bukit Bertam, Selama Perak yang telah lama terbiar. Oleh itu, sesiapa yang ada kelapangan dijemput sama-sama bergotong-royong pada:

Tarikh: 20/12/2014 (Sabtu)

Masa: 7.00 pagi –  3.00 petang

Lokasi:  Rumah kediaman arwah Pak Teh Mahang, beralamat di Kampung Padang Kering, Bukit Bertam, Selama, Perak (bertentangan dengan Pondok Polis Bukit Bertam, Selama, Perak).

Atur cara majlis/program:

7.00 pagi –  7.30 pagi  :  Ziarah kubur arwah Pak Teh Mahang.

7.30 pagi –  11.00 pagi  : Gotong-royong

11.00 pagi – 1.30 tgh  :  Rehat/makan

1.30 petang – 2.00 ptg  :  Solat zohor

2.00 ptg – selesai   :   Tahlil dan zikir Tariqat Syatariah, diikuti dengan tazkirah penutup.

Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi:  Azman (tel: 013-4289813)

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

 

 

Amalan 10 hari pertama bulan Zulhijjah

Hari ini mula masuk bulan Zulhijjah 1434 H, oleh itu perbanyakkanlah tahlil, takbir dan tahmid serta berpuasa sunat terutamanya pada hari ke-9 Zulhijjah di samping amal soleh yang lain, seperti yang dinyatakan dalam hadis-hadis berikut:

“Dari Umar r.a., bahwa Nabi SAW bersabda : Tidak ada hari yang paling agung dan amat dicintai Allah untuk berbuat kebajikan di dalamnya daripada sepuluh hari (Dzulhijjah) ini. Maka perbanyaklah pada saat itu tahlil, takbir dan tahmid.” (HR Ahmad)

“Diriwayatkan dari Ibn Abbas r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Tiada amal soleh yang dilakukan pada hari-hari lain yang lebih disukai daripada hari-hari ini (sepuluh hari pertama dalam bulan Zulhijjah).” (HR al-Bukhari)

“Diriwayatkan dari Hunaidah bin Khalid, dari isterinya, dari beberapa isteri Nabi SAW: “Sesungguhnya Rasulullah SAW melakukan puasa sembilan hari di awal bulan Zulhijjah, di Hari Asyura dan tiga hari di setiap bulan iaitu hari Isnin yang pertama dan dua hari Khamis yang berikutnya.” (HR Ahmad dan an-Nasa’ie)

“Rasulullah SAW bersabda: “Celakalah orang yang tidak mendapat bahagian kebaikan dalam hari-hari sepuluh, jagalah terutama berpuasa pada hari kesembilan Zulhijjah sebab ia mengandungi kebaikan (keuntungan) yang lebih banyak dari apa yang dapat dihitung oleh ahli hitung.” (HR Abu Dardaa)

Para Wali Allah

Salam Ramadhan kepada semua ikhwan tariqat Syatariah, semoga amal ibadat dalam bulan Ramadhan yang mulia dan penuh barokah ini mendapat keredhaan, maghfirah dan ganjaran daripada Allah SWT.

“Rasulullah SAW bersabda: (ertinya) “Sesungguhnya bagi Allah ada tiga ratus orang dari kalangan manusia ini yang hati mereka itu seperti hati Nabi Adam a.s., dan bagi Allah itu ada tujuh orang di kalangan manusia yang hati mereka itu seperti hati Nabi Ibrahim a.s., dan bagi Allah itu ada empat puluh orang di kalangan manusia yang mana hati mereka itu seperti hati Nabi Musa a.s., dan bagi Allah itu ada lima orang di kalangan manusia yang hati mereka seperti hati Jibril a.s., dan bagi Allah itu ada tiga orang di kalangan manusia yang mana hati mereka itu seperti hati Mikail a.s., dan bagi Allah itu ada seorang di kalangan manusia yang mana hatinya seperti hati Israfil a.s. Apabila wafat yang seorang ini, maka Allah akan menggantikannya (dengan melantik) salah seorang dari golongan yang tiga orang itu. Apabila wafat seorang dari yang tiga orang itu maka Allah menggantikannya (dengan melantik) salah seorang daripada yang lima orang itu. Apabila wafat seorang daripada yang lima orang itu maka Allah menggantikannya (dengan melantik) salah seorang daripada yang tujuh orang itu. Apabila wafat seorang daripada tujuh orang itu maka Allah menggantikannya (dengan melantik) salah seorang daripada yang empat puluh orang itu. Dan apabila wafat seorang daripada yang empat puluh orang itu maka Allah menggantikannya (dengan melantik) salah seorang daripada yang tiga ratus orang itu. Dan apabila wafat seorang daripada yang tiga ratus orang itu maka Allah menggantikannya (dengan melantik) seorang daripada kalangan orang ramai. Maka dengan para wali tersebut itulah seseorang itu dihidupkan dan dimatikan, diturunkan hujan, dihidupkan tumbuh-tumbuhan dan dihalang bala daripada menimpa umat manusia. Abdullah bin Mas’ud pun ditanya: Bagaimana dikatakan bahawa dengan para wali itulah seseorang itu dihidupkan dan dimatikan? Beliau menjawab: Kerana para wali itu memohon kepada Allah supaya Allah meramaikan bilangan manusia, maka manusia pun menjadi bertambah ramai. Mereka itu berdoa kepada Allah agar orang-orang yang zalim dan tidak berbelas kasihan dibinasakan maka mereka itupun dihancurkan. Mereka memohon supaya diturunkan hujan maka diturunkan hujan. Mereka memohon agar disuburkan bumi makan suburlah bumi ini. Mereka itu berdoa maka dengan doa mereka itu dijauhkan berbagai rupa bala.” (HR Abu Na’im dan Ibn ‘Asakir)

Terdapat satu lagi hadis, di mana Rasulullah SAW bersabda: (ertinya) “Orang-orang yang terbaik dari kalangan umatku pada setiap kurun itu ialah seramai lima ratus orang.”
(HR Abu Na’im).

Mengikut Syeikh al-Hujwiri dalam kitabnya, terdapat seramai empat ribu wali yang sentiasa hidup di dunia ini dan sentiasa tidak dapat diketahui oleh orang ramai kerana mereka dilindungi dan disembunyikan oleh Allah. Beliau juga ada menyebut bahawa ada 300 orang wali yang bergelar al-Akhyar, 40 orang wali yang bergelar al-Abdal, 7 orang wali yang bergelar al-Abrar, 4 orang wali yang bergelar al-Awtad, 3 orang wali yang bergelar al-Nuqaba, dan seorang wali yang bergelar al-Qutub dan al-Ghauth. Mereka yang termasuk dalam golongan ini mengenali antara satu sama lain.

Mengenai masalah wali yang dilindungi dan disembunyikan oleh Allah seperti yang tersebut di atas, Ibn ‘Athaillah menyebut: “Maha Suci Allah yang telah menutup berbagai rahsia wali dengan ternampaknya sifat-sifat manusia biasa.”

Menurut Syeikh Abu Abbas al-Mursi bahawa jika Allah bukakan dan perlihatkan rahsia atau nur kewalian itu nescaya boleh merosakkan tauhid wali itu sendiri. Misalnya, al-Hallaj yang pernah mengucapkan: “Maha Suci Engkau, Maha Suci Aku” adalah ketika nur kewaliannya tajalli pada dirinya.

Sumber: Membentuk Jiwa Sufi (Dr. Hj. Jahid Hj. sidek)

Sumbangan bagi Pembinaan Sekolah Pondok Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah

Adalah dimaklumkan bahawa Jemaah Syatariyyah Zon Tengah dan Selatan di bawah pimpinan Ustaz Anwar Helmy sedang giat berusaha untuk menubuhkan sebuah madrasah (pondok) iaitu Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah, di Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Perancangan untuk menubuhkan sekolah pondok ini memerlukan peruntukan sebanyak RM 1.5 juta bagi memulakan pembinaannya yang dijangka pada hujung tahun 2013 ini.

Sehubungan itu, derma/sumbangan/sedekah/wakaf daripada orang ramai amatlah dialu-alukan. Diharapkan tuan/puan atas nama perseorangan atau syarikat yang dermawan dapat menyumbang seikhlasnya bagi merealisasikan usaha murni ini. Lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, sumbangan ikhlas tuan/puan in sya Allah akan mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda daripada Allah SWT..

Sumbangan boleh disalurkan melalui akuan berikut:

Nama Bank: Bank Islam

No. Akaun: 12074010060791

Atas Nama: Syatariyyah Enterprise

Atau berhubung terus dengan jawatankuasa pembinaan melalui no. telefon berikut:

Pengerusi: Barzani Bin Rosman (013-3615634)
Bendahari: Rosnan Bin Haji Kasman (013-3871418)
Setiausaha: Abdurrasyid Md. Jail (013-2981664)
Urus setia Pembangunan: Abdullah Bin Yahya (012-3931784)
Urus setia Dana Pembangunan: Mohammad Sarji Hussin (012-7292049)

Berikut disertakan makluman dan kertas kerja pembinaan pondok tersebut di atas.

Presentation1 syatariyah-page-001 (1)

Kertas Cadangan Pembinaan Pondok:

KERTAS CADANGAN - Copy V6 syatariyah-page-001

KERTAS CADANGAN - Copy V6 syatariyah-page-002

KERTAS CADANGAN - Copy V6 syatariyah-page-003

KERTAS CADANGAN - Copy V6 syatariyah-page-004

KERTAS CADANGAN - Copy V6 syatariyah-page-005

KERTAS CADANGAN - Copy V6 syatariyah-page-006

KERTAS CADANGAN - Copy V6 syatariyah-page-007

KERTAS CADANGAN - Copy V6 syatariyah-page-008

KERTAS CADANGAN - Copy V6 syatariyah-page-009

KERTAS CADANGAN - Copy V6 syatariyah-page-010

KERTAS CADANGAN - Copy V6 syatariyah-page-011

KERTAS CADANGAN - Copy V6 syatariyah-page-012

KERTAS CADANGAN - Copy V6 syatariyah-page-013

KERTAS CADANGAN - Copy V6 syatariyah-page-014

KERTAS CADANGAN - Copy V6 syatariyah-page-015

KERTAS CADANGAN - Copy V6 syatariyah-page-016

KERTAS CADANGAN - Copy V6 syatariyah-page-017

KERTAS CADANGAN - Copy V6 syatariyah-page-018

KERTAS CADANGAN - Copy V6 syatariyah-page-019

KERTAS CADANGAN - Copy V6 syatariyah-page-020

KERTAS CADANGAN - Copy V6 syatariyah-page-021

KERTAS CADANGAN - Copy V6 syatariyah-page-022

KERTAS CADANGAN - Copy V6 syatariyah-page-023

KERTAS CADANGAN - Copy V6 syatariyah-page-024

KERTAS CADANGAN - Copy V6 syatariyah-page-025

KERTAS CADANGAN - Copy V6 syatariyah-page-026

KERTAS CADANGAN - Copy V6 syatariyah-page-027

KERTAS CADANGAN - Copy V6 syatariyah-page-028

KERTAS CADANGAN - Copy V6 syatariyah-page-029

KERTAS CADANGAN - Copy V6 syatariyah-page-030

KERTAS CADANGAN - Copy V6 syatariyah-page-031

Kaedah Mencari Lailatul Qadar Mengikut Panduan Imam Al-Ghazali

Assalamualaikum kepada ikhwan Tariqat Syatariah,

Selamat berpuasa kepada semua dan diharap kita dapat terus melaksanakan amal ibadat sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini, yang hanya datang setahun sekali. Rebutlah peluang dan masa yang ada untuk terus bertaqarrub kepada Allah SWT, semoga semua amal ibadat kita diterima Allah dan dianugerahkan dengan qalbun salim.

Bulan Ramadhan yang mulia ini dianugerahkan dengan malam Qadar (Lailatul Qadar) yang menyerupai 1000 bulan. Alangkah bertuahnya sesiapa yang bertemu dengan Lailatul Qadar dan melakukan amal ibadat pada malam tersebut. Perlu diingat, jangan pula kita ada niat beribadat kerana hendak bertemu Lailatul Qadar bukan kerana Allah. Bertemu Lailatul Qadar cuma bonus daripada Allah Taala kepada hamba-Nya yang taat atas kehendak-Nya jua. Namun begitu, tidak salah kalau kita cuba berusaha untuk mendapatkannya.

Hadis Nabi Muhammad SAW:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ. (رواه البخاري)

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad SAW sabdanya: “Barangsiapa menghayati malam Lailatul Qadar dengan mengerjakan solat dan pelbagai jenis ibadat yang lain, sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah Taala, nescaya ia diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari).

Hadis lain pula:

“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan iman dan menghitung-hitung kelalaian diri, akan diampuni dosa-dosanya yang lalu.” Menurut satu riwayat lagi: “Dan dosa yang akan datang.” (HR Bukhari dan Muslim)

Selain itu,

Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu.” (HR Ahmad)

Jadi, bagaimanakah caranya untuk mendapatkan Lailatul Qadar ini?

Mengikut Imam Al-Ghazali, Lailatul Qadar boleh ditemui berpandukan kepada tarikh mula berpuasa atau awal Ramadhan, seperti kaedah berikut:

* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Ahad atau Rabu: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-29.

* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Isnin: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-21.

* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Selasa atau Jumaat: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-27.

* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Khamis: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-25.

* Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Sabtu: Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-23.

bulan-sabit

Doa pada Malam Qadar

doa lailatul qadar

Wallahu a’lam, hanya kepada Allah Taala kita berserah diri dan memohon keampunan…

Surah Ar-Rahman ~ Khoirul Muttaqin

Cintai Allah kukuh di hati

“Letakkan cinta Allah kukuh di hati. Genggamlah cinta manusia hanya di tangan, kerana kelak andai terlepas, sakitnya tidak terasa di hati.” ~ Ustaz Mohamad Kazim Elias

Pengumuman !!!

Assalamualaikum wrb kepada semua ikhwan Tariqat Syatariah,

Saya ingin memaklumkan bahawa Ustaz Hj. Rifaee Yaakob, pengganti arwah Pak Teh bagi memimpin Tariqat Syatariah di kawasan utara tanah air, ingin menjemput semua ikhwan berkumpul di Madrasah Al-Zuhudiah pada:

Tarikh: 13 April 2013 (Sabtu)
Masa: 10 pagi (ikhwan digalakkan datang lebih awal)

Jika ada sebarang pertanyaan sila berhubung terus dengan:

Ustaz Hj. Rifaee Yaakob
Madrasah Al-Zuhudiah
Kampung Charuk Salang
Pasir Panjang, Kupang
09120 Baling, Kedah.

No. telefon: 019-5978191 / 019-4960330

Admin

Syair Keinsafan dan Kesedaran

Ingatlah kamu kepada Tuhan
Janganlah leka minum dan makan
Amal ibadat mahulah dikumpulkan
Dosa maksiat hendaklah dijauhkan

Wahai pemuda serta pemudi
Harapan bangsa tiang negeri
Janganlah leka berhias diri
Ilmu pengetahuan segera dicari

Seorang diri di liang lahad
Baharulah ingat tak buat ibadat
Hendak puasa sembahyang dan zakat
Tetapi semuanya sudah terlambat

Bila rasa tersangat siksa
Baharulah teringat kembali ke dunia
Tetapi tiada apa gunanya
Kerana sudah pergi ke sana

Wahai kaum muslimin dan muslimat
Dunia ini hampirlah kiamat
Janganlah asyik membuat maksiat
Sebelum mati kita bertaubat

Mayat terbujur di dalam kubur
Daging dan tulang hancur lebur
Di atas dunia ia bertakbur
Kepada Tuhan ia tidak bersyukur

Wahai saudara serta saudari
Pahalanya banyak tidak terperi
Mencari keuntungan diri sendiri
Baikkan perangai rendahkan diri

Banyak orang mengejar kesenangan
Siang dan malam berangan-angan
Harta dan pangkat ada di tangan
Di akhirat kelak sesal berpanjangan

Kepada anak-anak utamakan pelajaran
Penuhi dada dengan ilmu pengetahuan
Pelajaran agama janganlah ditinggalkan
Siang dan malam berilah teguran

Kepada Allah janganlah berhenti
Menjunjung titah berbuat bakti
Pekerjaan jahat janganlah dihampiri
Terbakar kulit dijilat api

Bila dah tiba ajal dan mati
Tinggal anak saudara dan saudari
Air mata mengalir ke pipi
Tiadalah boleh diminta kembali

Di dalam kubur gelap gelita
Kerana tiada lampu dan pelita
Datanglah lipan, ular dan kala
Lalu disengatnya tersangatlah bisa

Malaikat datang bertalu-talu
Membawa rantai besi dan belenggu
Mayat disiksa terus dipalu
Tidaklah dikira masa dan waktu

Ingatlah tuan serta puan
Janganlah terlampau mengejar kebendaan
Apabila mati semuanya ditinggalkan
Hanya dibawa amal kebajikan

Datanglah pula perasaan sesal
Amalan soleh tiada dibekal
Ajaran Tuhan banyak ditinggal
Tahulah dia di dunia tak kekal

Di akhir zaman kebanyakan manusia
Kepada akhirat banyak tidak percaya
Mahupun miskin ataupun kaya
Kemewahan dunia ia terpedaya

Iblis dan syaitan sentiasa menggoda
Iman manusia terus dilanda
Dosanya bertambah berlipat ganda
Marilah kita sentiasa berwaspada

Semangat Islam semakin kabur
Seluruh umatnya sangatlah mundur
Pengajaran agama sangatlah kendur
Adab kelakuan tak boleh ditegur

Sampai di sini saya bermadah
Ambil ingatan walau sepatah
Janganlah saudara memandang mudah
Baik dan jahat akan terdedah

Rebutlah peluang semasa muda
Berbaktilah kepada bangsa dan nusa
Untuk masyarakat dan kedaulatan agama
Namumu harum disebut selama-lama

~ Petikan buku: Senjata Pak Kiyai

Kenangan di hari pengkebumian arwah Pak Teh pada 12/1/2012

Al-Fatihah untuk arwah Pak Teh Mahang (Haji Muhd Isa Ahmad Ansorullah)….

Beberapa gambar kenangan pada hari pengkebumian arwah Pak Teh Mahang iaitu pada 12 Januari 2012. Pak Teh telah kembali ke rahmatullah pada 11 Januari 2012 bersamaan 17 Safar 1433H pada pukul 10.40 malam.

arwah pak teh 2Anak-anak murid, ahli keluarga, sanak saudara dan rakan taulan sedang menunggu jenazah di bawa turun dari atas rumah.

arwah pak teh3

arwah pak teh1Jenazah di bawa dari tangan ke tangan sehingga ke khemah untuk disolatkan

arwah pak teh4

arwah pakteh5

arawh pak teh 6

arwah pak teh 7Bersedia untuk solat jenazah

arwah pak teh 8Ustaz Rifaie membacakan talqin dan doa…

Sumber gambar: Adenan Haji Iberahim