Solat Sunat Wuduk

Berikut dipaparkan beberapa hadis Nabi SAW tentang kelebihan Solat Sunat Wuduk

* Mengerjakannya akan dimasukkan ke syurga

Bagi mereka yang telah menyempurnakan wuduknya lalu mengerjakan solat sunat dua rakaat dengan penuh khusyuk kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala, maka dia akan dimasukkan ke syurga.

“Dari ‘Uqbah bin ‘Amir, dia berkata: Kami pernah bertugas menggembala unta. Saat tiba giliranku, aku merehatkan gembalaanku. Setelah itu, aku melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berdiri tengah berbicara dengan orang-orang. Akupun mendengar sebahagian dari perkataan baginda:

مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَتَوَضَّأُ فَيُحْسِنُ وُضُوءَهُ ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ مُقْبِلٌ عَلَيْهِمَا بِقَلْبِهِ وَوَجْهِهِ

إِلاَّ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ.

Maksudnya:

“Tidaklah seorang Muslim berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian mengerjakan solat dua rakaat dengan menghadirkan hati dan menghadapkan wajahnya, melainkan telah wajib baginya syurga.
Dia (‘Uqbah) bercerita lagi: Lalu aku katakan ini benar-benar sangat baik. Tiba-tiba ada seseorang berkata di hadapanku: Yang sebelumnya malah lebih baik lagi. Maka aku melihat, ternyata orang itu adalah ‘Umar. Dia berkata: Sesungguhnya aku telah melihatmu tadi datang. Baginda bersabda:

مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ يَتَوَضَّأُ فَيُبْلِغُ أَوْ فَيُسْبِغُ الْوَضُوءَ

ثُمَّ يَقُولُ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ

إِلاَّ فُتِحَتْ لَهُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ الثَّمَانِيَةُ يَدْخُلُ مِنْ أَيِّهَا شَاءَ.

Maksudnya:

“Tidaklah salah seorang di antara kalian berwuduk lalu menyempurnakan wuduknya kemudian mengucapkan: Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, melainkan akan dibukakan baginya lapan pintu-pintu syurga. Dia boleh masuk mengikuti mana-mana sahaja (pintu) yang dikehendakinya.” (Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Thohaarah, no: 234)

* Diampunkan Dosa-Dosa Lampau

Barangsiapa yang berwuduk menurut sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam lalu mengerjakan solat sunat dua rakaat maka akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. Menurut Humran pembantu ‘Uthman, ‘Uthman pernah menceritakan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ لاَ يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ.

Maksudnya:

“Barangsiapa berwuduk seperti wudukku ini lalu mengerjakan solat dua rakaat, yang pada solatnya dia tidak berbicara pada dirinya sendiri (yakni mengerjakannya dengan khusyuk) nescaya Allah akan memberikan ampunan kepadanya atas dosa-dosanya yang lampau.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Wudhu’, no: 159)

Dalam Hadis lain:

“Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah SAW. bertanya kepada Bilal pada waktu Solat Subuh: “Wahai Bilal ceritakanlah kepadaku amal apakah yang engkau lakukan dalam Islam sehingga saya telah mendengar detak suara sandalmu di syurga?. Bilal menjawab : “Saya tidak melakukan suatu pekerjaan yang menyelamatkan saya, sungguh saya tidak menghilangkan najis di malam atau siang hari kecuali saya melakukan solat dengan kesucian itu (wudhu’) yang telah diwajibkan kepada untuk solat.”

“Daripada Buraidah meriwayatkan katanya yang bermaksud : “Rasulullah SAW bangun pagi lalu beliau memanggil Bilal, sabdanya “Hai Bilal! Dengan amalan apakah engkau telah mendahuluiku ke syurga? Aku tidak masuk syurga sama sekali melainkan aku dengar satu gerakan suara di depanku. Bilal menjawab “Hai Rasulullah! Saya tidak berazan sama sekali melainkan saya bersolat dua rakaat. Dan saya tidak ditimpa hadas sama sekali melainkan saya berwudhu’ disisiNya dan saya nampak bahawa Allah mempunyai dua rakaat ke atas saya. Maka Rasulullah SAW bersabda : “Dengan kedua-duanya.” (Hadis riwayat At-Tirmizi dan Ahmad)

Nota: Inilah salah satu amalan arwah Pak Teh semasa hidupnya setiap kali selesai mengambil wuduk.

Posted on January 6, 2013, in Kenangan Peristiwa Bersama Pak Teh, Tazkirah. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: