Kisah Abu Yazid Al-Bustami (4)

Kisah Abu Yazid Al-Bustami (4)

Jangan Sombong

Suatu ketika ketika Abu Yazid Al Bustami sedang duduk, di benaknya terlintas pemikiran bahawa dirinya adalah seorang besar, seorang wali pada zamannya. Tak lama kemudian dia sedar bahawa dirinya telah melakukan dosa besar. Dia segera bangkit dan pergi ke Khurasan. Sesampainya di sana dia menginap di sebuah tempat. Dia bersumpah bahawa dia tidak akan meninggalkan Khurasan sebelum Allah mengirimkan seseorang untuk mengingatkan dirinya yang alpa.

Tiga hari tiga malam Abu Yazid Al Bustami tinggal di tempat itu. Pada hari keempat dia melihat seorang bermata satu menunggangi unta dan mendekatinya. Setelah orang tersebut mendekat, Abu Yazid Al Bustami melihat tanda-tanda ketakwaannya. Abu Yazid melambaikan tangan kepada unta tersebut agar berhenti.

Setelah unta tersebut berhenti, orang tersebut berkata kepada Abu Yazid, “Kamu membawaku ke sini untuk membuka pintu yang terkunci dan menenggelamkan warga Bustam bersama Abu Yazid, benarkah begitu?

Abu Yazid terperanjat mendengar kata-kata lelaki itu. Ia lalu bertanya, “Dari mana asalmu?”

“Tak perlu kau tahu dari mana aku. Kukatakan kepadamu bahawa sejak engkau mengucapkan sumpah di tanah Khurasan ini, aku telah menghadiri tiga ribu perkumpulan. Hati-hatilah wahai Abu Yazid. Jagalah hatimu. Tak ada yang berhak sombong di muka bumi ini kecuali Maha Pencipta alam ini, Allah.”

Setelah berkata begitu, orang bermata satu itu membangunkan untanya untuk kemudian segera pergi.

Posted on March 4, 2012, in Kisah Sufi. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: