Kifiat zikir & pemahaman

Doa selepas zikir

Salsilah zikirullah wajhil khususi

Salsilah keturunan Rasulullah SAW dan Salsilah zikir

Penerangan dan pemahaman mengenai zikir

Ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan:

Allah SWT berfirman (Mafhumnya):

“Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: Apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam Neraka Jahanam.” (QS: An-Nisa:140)

“Dan tiadalah mereka (kaum Yahudi) menghormati Allah sesuai dengan penghormatan yang sebenarnya ketika mereka berkata: “Allah tidak menurunkan sesuatu pun kepada manusia”. Bertanyalah (kepada kaum Yahudi yang ingkar itu): “Siapakah yang menurunkan Kitab (Taurat) yang dibawa oleh Nabi Musa sebagai cahaya dan petunjuk bagi manusia, yang kamu jadikan dia lembaran-lembaran kertas, sambil kamu perlihatkan (kepada orang ramai sebahagian kecil daripadanya) dan kamu sembunyikan kebanyakannya; sedang kamu pula diajarkan (dengan pengajaran-pengajaran yang terkandung di dalamnya), yang tidak diketahui oleh kamu (sebelum itu) dan tidak juga oleh datuk nenek kamu?” Katakanlah (kepada mereka): “Allah jualah (yang menurunkannya)”, kemudian, biarkanlah mereka leka bermain-main dalam kesesatannya.” (QS: Al-An’aam:91)

“Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.” (QS: Al-Hadiid:4)

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya); dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.” (QS: Al Maaidah:35)

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (QS: Ar-R’ad:28)

“Orang-orang yang mereka seru itu, masing-masing mencari jalan mendampingkan diri kepada Tuhannya (dengan berbuat ibadat), sekali pun orang yang lebih dekat kepada Tuhannya, serta mereka pula mengharapkan rahmatNya dan gerun takut akan azabNya; sesungguhnya azab Tuhanmu itu, adalah (perkara yang semestinya) ditakuti.” (QS: Al-Isra:57)

“Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).” (QS: Al-Jumu’ah:10)

Klik untuk paparan yang lebih besar dan jelas.

Posted on March 22, 2010, in Zikir Tariqat Syatariah. Bookmark the permalink. 5 Comments.

  1. Alhamdulillah semoga bermenafaat bagi ku….

  2. Ass wr wb..
    Maaf kalo blh tau sanad n semua keterangan di sini, bs saya temukan di ktb apa..
    Mksh

  3. di mana syeikh mursyid toriqat ini di malaysia. jika diizinkan saya ingin mengamali zikir toriqat ini. mohon diizinkan.

    • Dukacita dimaklumkan bahawa syeikh mursyid tariqat ini baru sahaja kembali ke rahmatullah pada 11 Januari 2012 yang lalu.

      Walau bagaimanapun, sekiranya tuan berminat untuk mengamalkan zikir tariqat Syatariyah ini, tuan bolehlah menghubungi muridnya iaitu Ustaz Rifaie Yaakob di Madrasah az-Zuhudiah, Kampung Charuk Salang, Pasir Panjang, Kupang, 09120 Baling, Kedah, no. telefon 04-4761443.

      Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: